Kata penguat ialah kata tugas yang menguatkan maksud kata adjektif.
Ia hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Perhatikan ayat-ayat di bawah.
Perkataan yang bergaris ialah kata penguat dan kata adjektif pula dicetak
tebal.
a) Kasut
joging itu terlalu mahal.
b) Buku cerita
kanak-kanak ini agak baru.
c) Jalan
kecil itu ialah jalan yang paling dekat ke sekolah saya.
d) Hari
ini panas sekali.
e) Suara
penyanyi itu merdu nian.
f) Air
sirap ini manis benar.
g) Zaki amat fasih berbahasa
Inggeris.
h) Sekolah
kami sangat dekat dengan perhentian bas.
i) Ayah bangga sungguh dengan
keputusan ujian saya.
3) Kata
penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu penguat hadapan, penguat belakang,
dan penguat bebas. Lihat jadual di bawah.
Jenis Kata Penguat
|
Contoh
|
Penguat hadapan
|
Paling; terlalu; agak
|
Penguat belakang
|
Sekali; benar; nian; betul
|
Penguat bebas
|
Amat; sangat; sungguh
|