APA ITU KATA
GANDA
1.
Kata ganda ialah kata yang terhasil atau
terbentuk daripada kata yang digandakan atau diulang sama ada sebahagian atau
keseluruhannya.
2.
Kata ganda terbahagi kepada empat :-
a)
Kata Ganda Seluruh
b)
Kata Ganda Separa
c)
Kata Ganda Bersajak / Berima
d)
Kata Ganda Berimbuhan
3.
KATA GANDA
SELURUH
i.
Merupakan kata ganda yang diulang atau digandakan seluruh kata
dasarnya
ii.
Kata ganda
seluruh mesti
diberi tanda sempang ( - )
Contohnya : baldi => baldi-baldi
pokok => pokok-pokok
jenis => jenis-jenis
iii.
Kata Ganda Seluruh menunjukkan makna
Banyak / Jamak
|
Satu / Tunggal
|
Sifat
|
murid-murid
|
anai-anai
|
panjang-panjang
|
rumah-rumah
|
layang-layang
|
tebal-tebal
|
meja-meja
|
kura-kura
|
pandai-pandai
|
4.
KATA GANDA
SEPARA
i.
Kata ganda
separa ialah
kata ganda yang terbentuk dengan cara melenyapkan bahagian awal kata ganda
seluruh
ii.
Kata ganda separa tidak diberi tanda
sempang ( - )
Contoh : labu-labu => lelabu
Jentik-jentik => jejentik
Kuda-kuda => kekuda
iii.
Kata ganda separa
menyatakan makna :-
Menyerupai sesuatu
|
Benda / binatang
|
Banyak / jamak
|
kekuda
|
jejentik
|
dedaun
|
bebola
|
kekisi
|
jejari
|
sesiku
|
pepijat
|
pepohon
|
5.
KATA GANDA
BERSAJAK / BERIMA
i.
Kata ganda bersajak ialah kata ganda
yang mengalami penyesuaian bunyi ( rima )
ii.
Kata ganda bersajak mesti diletakkan
tanda sempang ( - )
iii.
Ada tiga jenis gandaan berentak
berdasarkan penyesuaian bunyi iaitu :-
Penggandaan suku kata awal
|
Penggandaan suku kata akhir
|
Penggandaan bebas
|
gerak-geri
|
anak-pinak
|
kusut-masai
|
bengkang-bengkok
|
sayur-mayur
|
simpang-siur
|
mandi-manda
|
kuih-muih
|
porak peranda
|
iv.
Kata ganda berima menunjukkan makna :-
Bermacam-macam / pelbagai jenis
|
Paling / sangat
|
Berulang kali
|
kuih-muih
|
huru-hara
|
mandi-manda
|
sayur-mayur
|
kacau-bilau
|
lalu-lalang
|
saudara-mara
|
licin-licau
|
ulang-alik
|
6.
KATA GANDA
BERIMBUHAN
i.
Kata ganda berimbuhan menerima imbuhan awalan , akhiran dan apitan
ii.
Kata ganda beirimbuhan juga menerima
imbuhan secara sisipan dan penyilangan
iii.
Kata ganda berimbuhan ditulis dengan
tanda sempang ( - )
iv.
Kata ganda berimbuhan mengikut bentuk imbuhan
Jenis imbuhan
|
Contoh
|
a)
Awalan
|
bermain-main , menari-nari ,
teresak-esak
|
b)
Apitan
|
bertolak-tolakan , keanak-anakan ,
sehari-harian
|
c)
Akhiran
|
buah-buahan , tumbuh-tumbuhan,
bau-bauan
|
d)
Sisipan
|
tali-temali , jari-jemari ,
gilang-gemilang
|
e)
menyilang
|
hormat-menghormati, kenal-mengenal ,
sayang-menyayangi
|
v.
Kata ganda berimbuhan menunjukkan
makna :-
Bermacam-macam / pelbagai
|
Menyerupai sesuatu
|
Perbuatan menyilang
|
sayur-sayuran
|
orang-orangan
|
bersalam-salaman
|
buah-buahan
|
anak-anakan
|
kejar-mengejar
|
No comments:
Post a Comment