Tuesday, 7 April 2015

Kata Sendi Nama

1. Kata sendi nama ialah kata yang berfungsi sebagai kata depan kepada kata nama atau frasa nama.
2. Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dan ayat.
3. Kata sendi nama boleh menerangkan berkaitan arah , tempat , perbandingan, tujuan, waktu dan keadaan bersama-sama.

di
1. Digunakan khusus untuk tempat dan arah,
2. Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Contoh ayat :
(a) Pertandingan akhir Forum Remaja itu akan diadakan di dewan sekolah.
(b) Pelancong dari luar negara itu sesat di dalam hutan.
3. Tidak boleh digunakan untuk menerangkan waktu, masa atau zaman.

ke
1. Digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah dan masa.
Contoh ayat :
(a) "Tukar haluan ke utara apabila sampai di simpang tiga itu," pesan Encik Azmi.
(b) Warga sekolah itu akan berkunjung ke Teluk Batik pada hujung minggu depan.
2. Tidak boleh digunakan untuk manusia atau haiwan.

dari
1. Digunakan untuk masa, tempat dan arah.
Contoh ayat :
(a) Angin kencang bertiup dari arah utara.
(b) Majlis sambutan Bulan Kemerdekaan itu akan berlangsung dari 17 Ogos hingga 16 September.
2. Tidak boleh digunakan oleh manusia, asal sesuatu atau perbandingan.

pada
1. Digunakan untuk waktu, manusia, haiwan, tempat dan benda-benda yang abstrak.
Contoh ayat :
(a) Skema jawapan yang awak kehendaki itu ada pada Cikgu Basri.
(b) Majlis berkhatan beramai-ramai itu akan diadakan pada hari Isnin ini.
2. Tidak boleh digunakan untuk arah.

daripada
1. Digunakan untuk manusia, asal sesuatu, perbandingan atau perbezaan bahagian sesuatu dan benda yang abstrak.
Contoh ayat :
(a) Cikgu Mazlin menerima banyak hadiah daripada muridnya.
(b) Usia nenek saya lebih tua daripada usia nenek awak.
2. Tidak boleh digunakan untuk masa, tempat dan arah.

kepada
1. Digunakan untuk menunjukkan arah yang hanya merujuk kepada manusia, haiwan dan menyatakan pecahan.
Contoh ayat :
(a) Ahmad mengirimkan kad ucapan itu kepada Hakim.
(b) Peserta seminar itu dibahagikan kepada sepuluh kumpulan.

bagi , untuk
1. Digunakan untuk menunjukkan kegunaan bagi sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan.
Contoh ayat :
(a) Dana untuk membantu ibu-ibu tunggal sedang diusahakan oleh pihak kerajaan.
(b) Program khas bagi murid lepasan PMR akan diumumkan pada pagi esok.

demi
1. Digunakan untuk melahirkan makna urutan, tujuan dan sebagai unsur penegas.
Contoh ayat :
(a) Rakyat Malaysia mestilah bersatu demi memastikan kemajuan negara.
(b) Murid-murid bergerak ke dalam dewan baris demi baris.
2. Oleh sebab kata demi juga membawa maksud tujuan, maka kata untuk yang sering digunakan dalam bentuk demi untuk adalah salah.

akan
1. Digunakan untuk manusia.
(a) Rakyat Malaysia mesti cinta akan tanah air mereka.
(b) Orang tua itu amat rindu akan anak tunggalnya.
2. Penggunaan -kan dalam bahasa rasmi mestilah dielakkan.

oleh
1. Digunakan untuk menerangkan maksud yang berikut :
(a) Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan
bentuk-bentuk di-, ter- dan kena.
Contoh ayat :
(a) Resepi kek yang istimewa itu dicipta oleh Chef Wan.
(b) Ular sawa yang besar itu telah ditangkap oleh pihak bomba sebentar tadi.
(c) Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab atau kerana.

(a) Shalin Zulkefli berjaya dalam kejohanan boling itu oleh usahanya sendiri.
(b) Oleh kegigihannya, Siti Asniza diisytiharkan sebagai tokoh murid pada tahun ini.

Sejak , semenjak
1. Digunakan untuk menunjukkan maksud penanda masa atau waktu.
Contoh ayat :
(a) Asmah sentiasa bersedih sejak ibunya meninggal dunia seminggu lalu.
(b) Semenjak peristiwa yang menyeramkan itu, Ikbal tidak berani lagi balik lewat malam.

dalam
1. Digunakan untuk menerangkan maksud tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak dan berfungsi sebagai kata arah.
Contoh ayat :
(a) Dalam masalah ini, awak mestilah berbincang terlebih dahulu dengan kedua-dua ibu bapa awak.
(b) Penduduk kampung ini tidak pernah terlibat dalam kegiatan Skim Cepat Kaya itu.


(a) Di dalam masalah ini, awak mestilah berbincang terlebih dahulu dengan
kedua-dua ibu bapa awak.
(b) Penduduk kampung ini tidak pernah terlibat di dalam kegiatan Skim Cepat Kaya itu.

Antara
Digunakan untuk menerangkan maksud tempat yang tidak mempunyai jarak atau ruang dan berfungsi sebagai kata arah.
Contoh ayat :
(a) Perjanjian antara kedua-dua buah negara itu telah ditandatangani minggu lalu.
(b) Tiada perbezaan besar antara pendapat Cikgu Halimah dengan pendapat Cikgu Sakinah.

Di antara
Frasa sendi nama di antara digunakan untuk sesuatu yang mempunyai ruang (kedudukan fizikal atau tempat).
(a) Juzaila duduk mencelah di antara Syahmina dengan Shahira.
(b) Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.
(c) Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

Hingga , sampai
1. Digunakan untuk membawa maksud peringkat had masa, waktu dan tempat.
2. Kedua-dua perkataan ini boleh bertukar ganti antara satu sama lain.
Contoh ayat :
(a) Kesemua anak ayah saudara saya belajar hingga peringkat ijazah.
(b) Para peserta Kursus Kefahaman Islam itu mengaji sampai pukul 3.00 pagi.

dengan
Digunakan untuk membawa maksud seperti yang berikut :
(a) Bersama-sama atau berserta
Contoh ayat :
Saiful menelaah mata pelajaran itu dengan rakan baiknya.

(b) Cara sesuatu perkara itu dilakukan
Contoh ayat :
Segala sumbangan yang diberi saya terima dengan perasaan terharu.

(c) Memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat
Contoh ayat :
Kakak membungkus pulut kuning itu dengan daun pisang.

(d) Menyatakan keadaan perbandingan yang sama atau serupa
Contoh ayat :
Encik Azman sentiasa sependapat dengan ketuanya.

tentang
1. Digunakan untuk membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum.
Contoh ayat :
para guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
2. Tidak boleh diganti dengan mengenai.


terhadap
1. Digunakan untuk membawa maksud rujukan sama ada manusia, haiwan atau benda.
Contoh ayat :
(a) Setiap ketua keluarga mestilah sentiasa bersikap
adil terhadap ahli-ahli keluarga mereka.

(b) Kasih sayang Norain terhadap haiwan amat wajar dicontohi.

No comments:

Post a Comment