Tatabahasa: Kata Hubung
Kata hubung digunakan untuk
menghubungkan ayat majmuk menjadi ayat tunggal.
Senarai KATA HUBUNG:-
1. Apabila
Ayat contoh:
a. Semua murid berdiri
tegak apabila bendera Malaysia
dinaikkan.
b. Apabila hujan
reda, perlawanan itu pun disambung semula.
2. Atau
Ayat contoh:
a. Kamu suka minum
teh atau kopi?
b. Gadis itu kehilangan
rantai atau cincin?
3. Dan
Ayat contoh:
a.
Ali dan Muthu bermain badminton di
situ.
b. Saya membasuh
muka dan menggosok gigi.
4. Jikalau/jika/kalau
Ayat contoh:
a. Jikalau kamu
belajar dengan bersungguh-sungguh tentu kamu
akan berjaya.
b. Jikalau kamu
gagal,cubalah lagi.
5.Kecuali/melainkan
Ayat contoh:
a. Seng Chong suka
makan semua jenis buah-buahan
teempatan kecuali langsat.
b. Semua orang hendak
pergi kecuali Ahmad.
6.Lalu
Ayat contoh:
a. Dia mengambil
galah lalu menjolok buah mangga itu.
b. Dia masuk ke
dalam bilik itu lalu memasang lampu.
7.Sebab/kerana
Ayat contoh:
a. Adik saya
menangis sebab perutnya lapar.
b. Anjing itu
mati sebab dilanggar lori.
8.Sebelum
Ayat contoh:
a. Kerja kamu mestilah
siap sebelum pukul 5.00 petang.
b. Sebelum menjawab, dia membaca soalan-soalan dengan teliti.
9.Tetapi
Ayat contoh:
a. Pokok mangga itu
sudah besar tetapi masih belum berbuah.
b. Dia ingin membeli
sebuah rumah tetapi tidak mampu.
10.Sambil
Ayat contoh:
a. Abang mendengar
muzik sambil menulis surat.
b. Sambil berbual-bual,mereka
bergurau senda.
11.Supaya/agar
Ayat contoh:
a. Bacalah dengan kuat supaya dapat didengar oleh semua murid.
b. Dia membubuh
baja agar pokok itu cepat membesar.
12.Setelah/selepas
Ayat contoh:
a. Selepas membuat eksperimen,perbincangan pun diadakan.
b. Dia berasa
letih selepas sibuk bekerja sepanjang hari.
13.Sungguhpun/walaupun
Ayat contoh:
a. Sungguhpun cuaca kurang baik,pertandingan itu tidak ditangguhkan.
b. Dia tidak berputus
asa walaupun dia sudah gagal.
14.Sejak/semenjak
Ayat contoh:
a. Sejak bangunan
yang baru didirikan,murid di sekolah itu
bertambah ramai.
b. Semenjak diberi
nasihat,sikapnya telah berubah.
15.Serta
Ayat contoh:
a. Mereka minum teh serta makan nasi lemak.
b. Orang itu
tamak serta kedekut.
16.Hingga/sehingga
Ayat contoh:
a. Dia memalu ular itu hingga mati
b. Kami akan menunggu
di sini sehingga dia datang.
17.Sementara
Ayat contoh:
a. Mereka berbual-bual
di situ sementara menunggu hujan reda.
b. Kami menyajikan
makanan di atas meja sementara
menunggu tetamu datang.
18.Manakala
Ayat contoh:
a. Dia
rajin manakala adiknya malas.
b. Gajah hidup di
darat manakala ikan hidup di dalam
air.
19.Tentang
Ayat contoh:
a. Mereka sedang
berbincang tentang hal yang amat
penting.
b. Beliau akan
bercakap tentang kemajuan sekolah ini.
20.Yang
Ayat contoh:
a. Pemuda
yang berjaja buah-buahan itu sangat rajin.
b. Dia mendapat
hadiah yang istimewa.
21.Lagi
Ayat contoh:
a. Murid itu
bijak lagi rajin.
b. Istana itu
besar lagi cantik.
22.Selain
Ayat contoh:
a. Selain menternak
ayam,Puan Wong juga menanam sayur-sayuran.
b. Selain menjemput
saudara mara, dia juga menjemput semua kawannya.
23.Maka
Ayat contoh:
a. Disebabkan kesombongannya
,maka dia dibenci orang.
b. Dengan keberanian
pemuda itu maka budak yang
hampir mati lemas itu diselamatkan.
24.Malah/malahan
Ayat contoh:
a. Selepas makan
ubat,pesakit itu tidak
sembuh, malah keadaannya bertambah tenat.
b. Dia bukan sahaja
bijak, malahan rajin pula.
25.Sedangkan
Ayat contoh:
a. Bagaimana pencuri
memasuki rumah, sedangkan pintu rumahnya dikunci.
b. Wai Kong tidak
mahu makan ubat,sedangkan dia belum sembuh
lagi.
26.Bahawa
Ayat contoh:
a. Budak itu
menyatakan bahawa keluarganya miskin.
b. Kami mengetahui
bahawa dia berbohong.
27.Bahkan
Ayat contoh:
a. Bukan kami sahaja
,bahkan murid yang terbijak pun tidak
dapat menjawab soalan itu.
b. Datuk saya bukan
sahaja tidak tahu menulis,bahkan tidak
tahu membaca.
28.Selagi
Ayat contoh:
a. Kanak-kanak itu
dibenarkan masuk sekolah rendah,selagi
umurnya belum cukup enam tahun.
b. Talian telefon di
rumahnya tidak akan disambung
semula selagi bil telefonnya belum dibayar.
29.Asalkan
Ayat contoh:
a. Kanak-kanak boleh
masuk ke kawasan itu asalkan
diringi oleh orang dewasa.
b. Kamu boleh meminjan
buku itu asalkan tidak mengotorkannya.
30.Padahal/walhal
Ayat contoh:
a. Mengapa dia hendak
membeli pakaian yang mahal-mahal walhal
dia bukan orang kaya.
b. Kami ingat dia
lembap walhal dia murid yang amat
bijak.
No comments:
Post a Comment